Wednesday, July 30, 2008

Makanan Halal

Oleh: Shahrizal Bin Mat

Satu keperluan yang tidak boleh dinafikan kepentingannya ialah bekalan makanan. Industri makanan sememangnya menjanjikan peluang perniagaan yang cukup lumayan sekiranya berjaya diterokai dengan bijakIni merupakan satu perkembangan menarik bagi penganut Islam yang dijangka bertambah bilangannya kepada lebih 2.5 pada 2010. Namun dengan kadar petumbuhan penduduk Muslim sedunia yang dianggarkan pada enam peratus setahun kini, angka tersebut mungkin akan dicapai lebih cepat lagi.Justeru, keperluan barangan makanan halal adalah satu kemestian bagi mereka.Permintaan terhadap makanan halal diyakini semakin meningkat kerana kesedaran umat Islam yang mahu memastikan makanan yang dijamah benar-benar ´Halal´. Ia sekaligus meningkatkan kuasa beli kaum Muslimin. Faktor-faktor ini membuka lebih peluang usahawan tempatan untuk meneroka bidang ini.

MAKANAN HALALMakanan halal bermaksud makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati syarat-syarat berikut: a. Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk daripada haiwan yang tidak halal mengikut syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. b. Tidak mengandungi bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak. c. Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang telah dicemari bahan-bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak. d. Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pemindahannya, makanan tersebut perlu diasingkan dari makanan yang tidak menepati keperluan a, b atau c di atas atau bahan-bahan yang telah dimaktubkan sebagai najis oleh hukum syarak.

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlu mencari yang halal agar kita mendapat keberkatan dari Allah swt. InsyaAllah. Renung-renungkan...

Tuesday, July 22, 2008

Sukan Malam..

Program Sukan Malam By KBS
Quoted from http://www.kbs.gov.my/index1.php
KBS ANJUR PROGRAM SUKAN MALAM
Tarikh: 09 Jan 2007

PUTRAJAYA ..
Dalam usaha menangani masalah mat rempit di kalangan remaja masa kini, Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah bijak dengan menganjurkan Program Sukan Malam yang berlangsung pada 20 dan 21 Januari 2007 di Litar Go Kart, Batu 3, Shah Alam. Dalam sidang medianya, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Azalina bt. Dato' Othman Said berkata, program tersebut berupaya menggerakkan pembangunan modal insan untuk remaja dan belia serta mengukuh dan meningkatkan pembentukan insan yang cemerlang.

Menurut beliau lagi, program Sukan Malam ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada golongan belia mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti bersukan pada waktu malam.Program Sukan Bermotor Malam merupakan satu program yang bermatlamat untuk membantu kerajaan menangani masalah Mat Rempit di kalangan remaja dan belia yang bermotosikal dan memastikan mereka tidak terus terpinggir dalam arus pembangunan sukan massa.
Di antara pengisian aktiviti- aktiviti utama kempen tersebut termasuk Go Kart, Futsal, 3 on 3 Basketball, Bola Jaring, Roller Blade, Roller Skate dan BMX. Semoga dengan program-program seperti ini dapat mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja khasnya dan masyarakat amnya.. Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan bagi menjayakan program ini..
Pandangan saya Shahrizal Mat :-
Usaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam melaksanakan pelbagai bentuk program bagi menangani masalah di kalangan remaja masa kini amatlah digalakkan. Ini kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Salah satu yang dilaksanakan oleh KBS ialah Sukan Malam. Kita semua sedia maklum bahawa golongan remaja gemar malakukan aktiviti yang tidak berfaedah pada waktu malam. Antara yang paling ketara ialah mat rempit.
Pada pendapat saya sukan malam amat baik kerana ianya mampu memberikan kesan positif khususnya kepada para remaja masakini. Melalui sukan malam ini dapat mangajak remaja dalam aktivti yang mandatangkan faedah kepada mereka. Sukan malam juga saya mampu mempengaruhi remaja lebih tertarik untuk menyertainya.
Walaubagaimanapun bagi manangani isu gejala sosial ini, semua pihak perlu memainkan peranan supaya masalah ini dapat diatasi. Dari institusi kekeluargaan, sekolah, sektor swasta, Ngo dan kerajaan. Semoga usaha ini akan berterusan pada masa-masa akan datang bagi memastikan modal insan di kalangan remaja sentiasa baik. Wassalam.