Saturday, December 20, 2008

Salam Perkenalan



Selamat datang ke laman blog saya, semoga dengan penghasilan blog ini kita semua dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dalam artikel yang akan saya paparkan untuk tatapan semua, sesungguhnya pandangan dan buah fikiran daripada anda akan saya jadikan panduan secara positif untuk artikel yang akan datang, nantikan kemunculannya....

Tuesday, September 23, 2008

Atlet Di Bulan Ramadhan..

Oleh : Shahrizal Bin Mat

Artikel 10

Ramadan bukan alasan untuk atlet negara tidak menjalani latihan, sebaliknya pada bulan inilah ketahanan mental dan fizikal mereka teruji dek keletihan berpuasa.BERGELAR atlet negara menuntut satu pengorbanan yang besar. Ia bukan satu tugas yang mudah untuk dipikul walaupun ada segelintir pihak melihat mereka seolah-olah dibaluti kesenangan lantaran hanya perlu berlatih untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Segala tenaga dan kudrat yang ada dikerah sepenuhnya bagi memperbaiki kelemahan semata-mata untuk berjuang di gelanggang kejohanan dan menghadiahkan kilauan pingat buat negara tercinta. Setiap hari, mereka perlu menjalani rutin harian yang ketat berbanding dengan remaja lain yang boleh melakukan apa saja yang disukai pada waktu lapang.
Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada semua atlet negara yang semangat menjalani latihan walaupun di bulan Ramadhan yang mulia ini demi kecemerlangan sukan negara. Usaha beginilah yang diperlukan bagi memajukan prestasi atlet kita di persada sukan dunia.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Sunday, September 21, 2008

Isu Gaji Pemain Liga Malaysia..

Oleh : Shahrizal Bin Mat

Artikel 9

SEMUA Persatuan Bola Sepak Negeri (FA) disaran mendedahkan gaji sebenar pemain masing-masing. Beberapa peminat tempatan memaklumkan bahawa perkara itu perlu dibuat sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga M) musim depan bermula secara rasmi pada 3 Januari 2009.
Mereka percaya langkah itu mampu mengekang sifat mata duitan sesetengah pemain dalam menetapkan harga khidmat mereka.

Apa sudah jadi dengan isu gaji ini?? Siapa yang harus dipersalahkan?? Pada pandangan saya, isu gaji pemain Liga Malaysia perlulah diselaraskan dan dilaksanakan dengan penuh sistematik dan menggunakan dasar pengurusan yang telus dan efektif. Ini bermaksud FAM perlu selaraskan skim gaji yang layak untuk diberikan kepada pemain.

Ini kerana supaya tidak timbul sebarang persoalan dan masalah yang tidak diingini pada masa-masa akan datang. Isu gaji penting kerana sedikit sebanyak dapat menjejaskan prestasi pemain. Kita sepatutnya menjadikan bolasepak luar negara sebagai contoh. Lihatlah begaimana kejayaan mereka dipersada bolasepak dunia.

Jadi, tindakan FAM dan Kerajaan dalam isu ini amat penting bagi memastikan kecemerlangan bolasepak di Malaysia. Renung-renungkan..Wassalam.

Sunday, September 14, 2008

Roslin Naib Juara di Taiwan..

oleh : Shahrizal Mat

Artikel 8

KEMARAU gelaran di pentas antarabangsa terus berpanjangan buat tonggak veteran, Roslin Hashim yang kecundang dalam perlawanan akhir badminton Terbuka Taiwan, semalam. Roslin, 33, bagaimanapun berjaya menjelmakan tentangan sengit dalam pertarungan tiga set sebelum dipaksa akur dengan kekalahan di tangan pilihan utama dari Indonesia, Simon Santoso, 18-21, 21-13, 10-21.

Namun apa yang dibanggakan disini ialah dimana Roslin telah berjaya meneruskan usahanya hingga ke perlawanan akhir. Sekurang-kurangnya telah memberikan tentangan yang sengit kepada pihak lawan. Tahniah buat Roslin diatas kejayaan beliau sebagai naib juara kejohanan terbuka Taiwan dalam perseorangan badminton lelaki.

Untuk akhirnya, Persatuan Badminton Malaysia perlu melahirkan lebih ramai pemain pelapis yang lebih berkalibar bagi mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Ini kerana Malaysian kekurangan pemain pelapis yang baik untuk memberi cabaran kepada negara lain seperti Cina, Indonesia dan lain-lain. Apapun "Majulah Sukan Untuk Negara" sesungguhnya tiada hari tanpa sukan..Wassalam.

Friday, September 5, 2008

Menghormati Azan..

Oleh : Shahrizal Bin Mat

Artikel 7

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.

"Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...." Renung-renungkanlah...

Thursday, September 4, 2008

Mensyukuri Nikmat Allah s.w.t

Oleh : Shahrizal Bin Mat

Artikel 6

Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu.

Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada ALLAH, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur. Wallahua'lam.

Thursday, August 21, 2008

Oleh Shahrizal Bin Mat
Artikel 5

Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan..

Assalamualaikum wbt..


Apabila kita bercakap tentang dadah dalam sukan, ramai yang beranggapan bahawa kejayaan seseorang atlit itu berdasarkan pengambilan dadah bagi mencapai tahap kecergasan yang maksimum ketika bertanding. Namun apakah gejala ini harus dibendung dan pada tahap manakah ianya dikawal. Siapakah yang perlu bertanggungjawab bagi mengawalnya dan menanganinya. Pengambilan dadah dalam sukan seharusnya di kawal oleh semua pihak kerana ianya boleh mendatangkan tanggapan negatif terhadap arena sukan. Ini kerana kecemerlangan seseorang atlit dianggap bergantung kepada pengambilan dadah.


Walaubagaimanapun, pengambilan dadah di dalam sukan adalah dibenarkan. Namun bukan semua sukan, hanya sukan-sukan tertentu sahaja. Apapun yang penting disini ialah pengawalan berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan reputasi seseorang atlit tidak terjejas kerana penyalahgunaan dadah dalam sukan.


Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memikirkan cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Renung-renungkan...