Saturday, December 20, 2008

Salam Perkenalan



Selamat datang ke laman blog saya, semoga dengan penghasilan blog ini kita semua dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan dalam artikel yang akan saya paparkan untuk tatapan semua, sesungguhnya pandangan dan buah fikiran daripada anda akan saya jadikan panduan secara positif untuk artikel yang akan datang, nantikan kemunculannya....

Tuesday, September 23, 2008

Atlet Di Bulan Ramadhan..

Oleh : Shahrizal Bin Mat

Artikel 10

Ramadan bukan alasan untuk atlet negara tidak menjalani latihan, sebaliknya pada bulan inilah ketahanan mental dan fizikal mereka teruji dek keletihan berpuasa.BERGELAR atlet negara menuntut satu pengorbanan yang besar. Ia bukan satu tugas yang mudah untuk dipikul walaupun ada segelintir pihak melihat mereka seolah-olah dibaluti kesenangan lantaran hanya perlu berlatih untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Segala tenaga dan kudrat yang ada dikerah sepenuhnya bagi memperbaiki kelemahan semata-mata untuk berjuang di gelanggang kejohanan dan menghadiahkan kilauan pingat buat negara tercinta. Setiap hari, mereka perlu menjalani rutin harian yang ketat berbanding dengan remaja lain yang boleh melakukan apa saja yang disukai pada waktu lapang.
Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada semua atlet negara yang semangat menjalani latihan walaupun di bulan Ramadhan yang mulia ini demi kecemerlangan sukan negara. Usaha beginilah yang diperlukan bagi memajukan prestasi atlet kita di persada sukan dunia.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Sunday, September 21, 2008

Isu Gaji Pemain Liga Malaysia..

Oleh : Shahrizal Bin Mat

Artikel 9

SEMUA Persatuan Bola Sepak Negeri (FA) disaran mendedahkan gaji sebenar pemain masing-masing. Beberapa peminat tempatan memaklumkan bahawa perkara itu perlu dibuat sebelum sepak mula Liga Malaysia (Liga M) musim depan bermula secara rasmi pada 3 Januari 2009.
Mereka percaya langkah itu mampu mengekang sifat mata duitan sesetengah pemain dalam menetapkan harga khidmat mereka.

Apa sudah jadi dengan isu gaji ini?? Siapa yang harus dipersalahkan?? Pada pandangan saya, isu gaji pemain Liga Malaysia perlulah diselaraskan dan dilaksanakan dengan penuh sistematik dan menggunakan dasar pengurusan yang telus dan efektif. Ini bermaksud FAM perlu selaraskan skim gaji yang layak untuk diberikan kepada pemain.

Ini kerana supaya tidak timbul sebarang persoalan dan masalah yang tidak diingini pada masa-masa akan datang. Isu gaji penting kerana sedikit sebanyak dapat menjejaskan prestasi pemain. Kita sepatutnya menjadikan bolasepak luar negara sebagai contoh. Lihatlah begaimana kejayaan mereka dipersada bolasepak dunia.

Jadi, tindakan FAM dan Kerajaan dalam isu ini amat penting bagi memastikan kecemerlangan bolasepak di Malaysia. Renung-renungkan..Wassalam.

Sunday, September 14, 2008

Roslin Naib Juara di Taiwan..

oleh : Shahrizal Mat

Artikel 8

KEMARAU gelaran di pentas antarabangsa terus berpanjangan buat tonggak veteran, Roslin Hashim yang kecundang dalam perlawanan akhir badminton Terbuka Taiwan, semalam. Roslin, 33, bagaimanapun berjaya menjelmakan tentangan sengit dalam pertarungan tiga set sebelum dipaksa akur dengan kekalahan di tangan pilihan utama dari Indonesia, Simon Santoso, 18-21, 21-13, 10-21.

Namun apa yang dibanggakan disini ialah dimana Roslin telah berjaya meneruskan usahanya hingga ke perlawanan akhir. Sekurang-kurangnya telah memberikan tentangan yang sengit kepada pihak lawan. Tahniah buat Roslin diatas kejayaan beliau sebagai naib juara kejohanan terbuka Taiwan dalam perseorangan badminton lelaki.

Untuk akhirnya, Persatuan Badminton Malaysia perlu melahirkan lebih ramai pemain pelapis yang lebih berkalibar bagi mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Ini kerana Malaysian kekurangan pemain pelapis yang baik untuk memberi cabaran kepada negara lain seperti Cina, Indonesia dan lain-lain. Apapun "Majulah Sukan Untuk Negara" sesungguhnya tiada hari tanpa sukan..Wassalam.

Friday, September 5, 2008

Menghormati Azan..

Oleh : Shahrizal Bin Mat

Artikel 7

Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.

"Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...." Renung-renungkanlah...

Thursday, September 4, 2008

Mensyukuri Nikmat Allah s.w.t

Oleh : Shahrizal Bin Mat

Artikel 6

Sesuap nasi yang kita makan, setiap teguk air yang kita minum, setiap zarah udara yang kita sedut bahkan setiap pandangan yang kita lihat adalah kurniaan Allah. Tanpa kurniaan ini, kita tidak dapat mengunyah makanan atau meneguk minuman atau menyedut udara di sekeliling kita. Selagi kita hidup di mukabumi ini kita tidak sunyi dari menerima kurniaan ini. Begitulah penyayangnya ALLAH yang bersifat dengan Ar-RAHMAN. ALLAH menganugerahkan kurniaanNya kepada semua makhluk, sama ada yang taat kepadaNya atau sebaliknya. Maka mengapa kita mesti mendustakan kurniaan ini? ALLAH masih sayang kepada hamba-hambaNya meskipun terlalu ramai yang tidak bersyukur di atas nikmat-nikmat itu.

Kesimpulannya, sebagai menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada ALLAH, kita hendaklah sentiasa mengabdikan diri kepada ALLAH dengan segala bentuk amalan ibadat di samping kita meninggalkan kerja-kerja maksiat. Semoga kita termasuk dalam golongan hamba-hambaNya yang bersyukur. Wallahua'lam.

Thursday, August 21, 2008

Oleh Shahrizal Bin Mat
Artikel 5

Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan..

Assalamualaikum wbt..


Apabila kita bercakap tentang dadah dalam sukan, ramai yang beranggapan bahawa kejayaan seseorang atlit itu berdasarkan pengambilan dadah bagi mencapai tahap kecergasan yang maksimum ketika bertanding. Namun apakah gejala ini harus dibendung dan pada tahap manakah ianya dikawal. Siapakah yang perlu bertanggungjawab bagi mengawalnya dan menanganinya. Pengambilan dadah dalam sukan seharusnya di kawal oleh semua pihak kerana ianya boleh mendatangkan tanggapan negatif terhadap arena sukan. Ini kerana kecemerlangan seseorang atlit dianggap bergantung kepada pengambilan dadah.


Walaubagaimanapun, pengambilan dadah di dalam sukan adalah dibenarkan. Namun bukan semua sukan, hanya sukan-sukan tertentu sahaja. Apapun yang penting disini ialah pengawalan berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan reputasi seseorang atlit tidak terjejas kerana penyalahgunaan dadah dalam sukan.


Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memikirkan cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Renung-renungkan...

Thursday, August 14, 2008

Pentingnya Kesihatan Menurut Perspektif Islam..

Oleh Shahrizal Bin Mat
Artikel 4

Assalamualaikum wbt..

Apabila kita bercakap tentang kesihatan dalam Islam, ianya merangkumi faktor luaran dan dalaman. Ini mencakupi fizikal dan mental seseorang. Kalau kita lihat pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu pun. Baginda mengajar anak-anaknya menunggang kuda. Ini jelas bahawa dengan menunggang kuda merupakan satu aktiviti riadah pada ketika itu. Maknanya disini pentingnya kesihatan bukanlah baru diambil berat oleh zaman sekarang, namun telah terbentuk ketika zaman para nabi suatu ketika dahulu.

Apabila kita bercakap tentang pentingnya kesihatan yang baik dalam melakukan ibadah, ianya merupakan suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Cuba kita bayangkan jika kita mempunyai kesihatan yang baik. Otak yang cergas, minta yang sihat. Sudah pasti kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna tanpa gangguan masalah kesihatan. Walaupun kita lihat perkara ini suatu yang terpencil namun ianya sangat penting untuk seseorang. Cuba kita bayagkan jika seseorang yang gemuk hendak melakukan solat. Kadangkala bila hendak duduk antara dua sujud pun dah susah. ini merupakan salah satu gangguan yang sering dihadapi oleh seseorang yang gemuk.

Dan yang paling penting ketika datangnya bula Ramadhan yang mulia. Terutama ketika hendak melakukan solat Tarawikh. Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam perlu meinitik beratkan kesihatan dalam kehidupan agar kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna dan khusyuk. Insyaallah. Wassalam

Monday, August 11, 2008

Kebersihan Makanan..

Oleh : Shahrizal Bin Mat

Bertemu lagi kita di dalam Bicara Umum yang pastinya memberikan infomarsi yang baik untuk kita semua. Kali ini saya akan membincangkan tentang kebersihan makanan. Terlebih dahulu mari kita renung sejenak sejak kebelakangan ini sering berlaku kercunan makanan terutama di sekolah. Apa yang membimbangkan kita terutama ibu bapa ialah adakah tahap kebersihan di kantin sekolah berada di tahap yang rendah. Dimanakh silapnya??? Siapa yang harus dipersalahkan?? Pihak penguatkuasaan, sekolah atau sikap pihak kantin yang mengambil sikap sambil lewa dalam penyediaan makanan untuk pelajar sekolah. Kesannya kepada pelajar amatlah teruk kerana ianya akan menjejaskan kesihatan dan mengganggu tahap tumpuan pelajar didalam kelas. Mana tidaknya, makanan yang diambil tidak berkhasiat, malah terdedah kepada keracunan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu mengambil langkah positif bagi menangani masalah keracunan di kalangan pelajar sekolah. Terutama dari aspek pemantauan serta satu garis panduan dalam penyediaan makanan. Ini kerana faktor pemakanan merupakan sesuatu yang penting bagi memastikan kesihatan pelajar. Dalam Islam juga sering menekankan tentang kebersihan makanan. Kerana ada pepatah mengatakan, Badan yang sihat akan melahirkan minda yang cergas. Renung-renungkan..
Wassalam

Wednesday, July 30, 2008

Makanan Halal

Oleh: Shahrizal Bin Mat

Satu keperluan yang tidak boleh dinafikan kepentingannya ialah bekalan makanan. Industri makanan sememangnya menjanjikan peluang perniagaan yang cukup lumayan sekiranya berjaya diterokai dengan bijakIni merupakan satu perkembangan menarik bagi penganut Islam yang dijangka bertambah bilangannya kepada lebih 2.5 pada 2010. Namun dengan kadar petumbuhan penduduk Muslim sedunia yang dianggarkan pada enam peratus setahun kini, angka tersebut mungkin akan dicapai lebih cepat lagi.Justeru, keperluan barangan makanan halal adalah satu kemestian bagi mereka.Permintaan terhadap makanan halal diyakini semakin meningkat kerana kesedaran umat Islam yang mahu memastikan makanan yang dijamah benar-benar ´Halal´. Ia sekaligus meningkatkan kuasa beli kaum Muslimin. Faktor-faktor ini membuka lebih peluang usahawan tempatan untuk meneroka bidang ini.

MAKANAN HALALMakanan halal bermaksud makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati syarat-syarat berikut: a. Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk daripada haiwan yang tidak halal mengikut syarak atau produk daripada haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak. b. Tidak mengandungi bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak. c. Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang telah dicemari bahan-bahan yang dikategorikan sebagai najis oleh hukum syarak. d. Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan atau pemindahannya, makanan tersebut perlu diasingkan dari makanan yang tidak menepati keperluan a, b atau c di atas atau bahan-bahan yang telah dimaktubkan sebagai najis oleh hukum syarak.

Sebagai kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlu mencari yang halal agar kita mendapat keberkatan dari Allah swt. InsyaAllah. Renung-renungkan...

Tuesday, July 22, 2008

Sukan Malam..

Program Sukan Malam By KBS
Quoted from http://www.kbs.gov.my/index1.php
KBS ANJUR PROGRAM SUKAN MALAM
Tarikh: 09 Jan 2007

PUTRAJAYA ..
Dalam usaha menangani masalah mat rempit di kalangan remaja masa kini, Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah bijak dengan menganjurkan Program Sukan Malam yang berlangsung pada 20 dan 21 Januari 2007 di Litar Go Kart, Batu 3, Shah Alam. Dalam sidang medianya, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Azalina bt. Dato' Othman Said berkata, program tersebut berupaya menggerakkan pembangunan modal insan untuk remaja dan belia serta mengukuh dan meningkatkan pembentukan insan yang cemerlang.

Menurut beliau lagi, program Sukan Malam ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada golongan belia mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti bersukan pada waktu malam.Program Sukan Bermotor Malam merupakan satu program yang bermatlamat untuk membantu kerajaan menangani masalah Mat Rempit di kalangan remaja dan belia yang bermotosikal dan memastikan mereka tidak terus terpinggir dalam arus pembangunan sukan massa.
Di antara pengisian aktiviti- aktiviti utama kempen tersebut termasuk Go Kart, Futsal, 3 on 3 Basketball, Bola Jaring, Roller Blade, Roller Skate dan BMX. Semoga dengan program-program seperti ini dapat mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja khasnya dan masyarakat amnya.. Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan bagi menjayakan program ini..
Pandangan saya Shahrizal Mat :-
Usaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam melaksanakan pelbagai bentuk program bagi menangani masalah di kalangan remaja masa kini amatlah digalakkan. Ini kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Salah satu yang dilaksanakan oleh KBS ialah Sukan Malam. Kita semua sedia maklum bahawa golongan remaja gemar malakukan aktiviti yang tidak berfaedah pada waktu malam. Antara yang paling ketara ialah mat rempit.
Pada pendapat saya sukan malam amat baik kerana ianya mampu memberikan kesan positif khususnya kepada para remaja masakini. Melalui sukan malam ini dapat mangajak remaja dalam aktivti yang mandatangkan faedah kepada mereka. Sukan malam juga saya mampu mempengaruhi remaja lebih tertarik untuk menyertainya.
Walaubagaimanapun bagi manangani isu gejala sosial ini, semua pihak perlu memainkan peranan supaya masalah ini dapat diatasi. Dari institusi kekeluargaan, sekolah, sektor swasta, Ngo dan kerajaan. Semoga usaha ini akan berterusan pada masa-masa akan datang bagi memastikan modal insan di kalangan remaja sentiasa baik. Wassalam.