Thursday, August 21, 2008

Oleh Shahrizal Bin Mat
Artikel 5

Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan..

Assalamualaikum wbt..


Apabila kita bercakap tentang dadah dalam sukan, ramai yang beranggapan bahawa kejayaan seseorang atlit itu berdasarkan pengambilan dadah bagi mencapai tahap kecergasan yang maksimum ketika bertanding. Namun apakah gejala ini harus dibendung dan pada tahap manakah ianya dikawal. Siapakah yang perlu bertanggungjawab bagi mengawalnya dan menanganinya. Pengambilan dadah dalam sukan seharusnya di kawal oleh semua pihak kerana ianya boleh mendatangkan tanggapan negatif terhadap arena sukan. Ini kerana kecemerlangan seseorang atlit dianggap bergantung kepada pengambilan dadah.


Walaubagaimanapun, pengambilan dadah di dalam sukan adalah dibenarkan. Namun bukan semua sukan, hanya sukan-sukan tertentu sahaja. Apapun yang penting disini ialah pengawalan berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan reputasi seseorang atlit tidak terjejas kerana penyalahgunaan dadah dalam sukan.


Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memikirkan cara yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Renung-renungkan...

1 comment:

zahari ismail said...

salam,

Bagi ana, memang ada jenis-jenis dadah yang dibenarkan dalam sukan. Kebanyakkannya semuanya utuk tujuan perubatan. Ini yang banyak menggunakan dadah oleh para atlit bertujuan untuk meningkatkan prestasi diri ketika bertanding. Itu dah dikira menipu....Adios!