Tuesday, September 23, 2008

Atlet Di Bulan Ramadhan..

Oleh : Shahrizal Bin Mat

Artikel 10

Ramadan bukan alasan untuk atlet negara tidak menjalani latihan, sebaliknya pada bulan inilah ketahanan mental dan fizikal mereka teruji dek keletihan berpuasa.BERGELAR atlet negara menuntut satu pengorbanan yang besar. Ia bukan satu tugas yang mudah untuk dipikul walaupun ada segelintir pihak melihat mereka seolah-olah dibaluti kesenangan lantaran hanya perlu berlatih untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Segala tenaga dan kudrat yang ada dikerah sepenuhnya bagi memperbaiki kelemahan semata-mata untuk berjuang di gelanggang kejohanan dan menghadiahkan kilauan pingat buat negara tercinta. Setiap hari, mereka perlu menjalani rutin harian yang ketat berbanding dengan remaja lain yang boleh melakukan apa saja yang disukai pada waktu lapang.
Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada semua atlet negara yang semangat menjalani latihan walaupun di bulan Ramadhan yang mulia ini demi kecemerlangan sukan negara. Usaha beginilah yang diperlukan bagi memajukan prestasi atlet kita di persada sukan dunia.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

No comments: